Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko T50 dan Wiko T10 akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi

Wiko T50 dan Wiko T10 akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

Wiko T50 dan Wiko T10 akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 2

Wiko Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa dua telefon pintar baharu didalam Wiko T-Series iaitu Wiko T50 dan Wiko T10.

Wiko T50 adalah model telefon pintar premium terbaru syarikat ini dan ianya akan hadir dengan skrin FHD+ Edgeless berukuran 6.6-inci, cip MediaTek Helio G85, 6GB RAM dan storan dalaman128GB.

Wiko T50 dan Wiko T10 akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 3

Selain itu, Wiko T50 juga memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, Wiko T50 juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 40W, sensor capjari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan sistem operasi Android 11.

Wiko T50 dan Wiko T10 akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 4

Beralih kepada Wiko T10 pula, ianya akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, cip Helio A22, 2GB RAM, 64GB storan dalaman dan Android 11 Go Edition.

Wiko T10 juga akan memiliki kamera 13MP dibelakang, sensor selfie 5MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 10W.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.