Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Prototaip kereta elektrik Xiaomi akan diperkenalkan pada Ogos

Tahun lalu, Xiaomi telah menyatakan komitmen untuk melakukan pelaburan bernilai $10 bilion didalam industri kenderaan elektrik untuk tempoh 10 tahun yang akan datang.

Dalam perkembangan terkini, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan prototaip kereta elektrik mereka pada bulan Ogos ini dan ianya adalah prototaip yang direka oleh HVST Automobile Design.

Selepas itu, prototaip kereta elektrik ini dijangka akan melalui ujian jalan raya yang menyeluruh sebelum pengeluaran komersial yang dijangka seawal tahun 2024 iaitu selepas kilang pembuatan kereta elektrik dan pusat R&D Xiaomi di Yizhuang mula beroperasi

Pada peringkat permulaan, kilangĀ  automotif Xiaomi ini dijangka mampu mengeluarkan 150,000 unit kereta elektrik setahun namun mampu menghasilkan 300,000 unit setahun apabila ianya mula beroperasi pada kapasiti penuh.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.