Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 – Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 15

Xiaomi Smart Band 7

Generasi baharu jam kecergasan popular daripada Xiaomi iaitu Xiaomi Smart Band 7 kini telah tiba ke pasaran Malaysia dan seperti tahun-tahun sebelum ini, populariti jam kecergasan ini dijangka kekal tinggi.

Tahun ini Xiaomi mempertaruhkan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun dengan saiz skrin yang lebih besar dan ditambah dengan ciri Always-On.

Berikut adalah ulasan Xiaomi Smart Band 7 yang kini ditawarkan pada harga RM 199.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 16

Reka Bentuk

Xiaomi Smart Band 7 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti generasi Mi Band yang sebelum ini namun penawaran skrin paparan ‘edge-to-edge’ memberikan pengguna satu pengalaman skrin yang lebih imersif.

Skrin paparan AMOLED 1.62-inci (326ppi) yang digunakan pada Xiaomi Band 7 menawarkan resolusi 192 x 490 dengan kecerahan sehingga 500nits dan buat pertama kali mod skrin Always On kini ditawarkan pada jam kecergasan ini.

Skrin paparan baharu ini juga mempunyai 25% lebih ruang penglihatan berbanding skrin paparan yang digunakan pada Mi Smart Band 6.

Operasi atau interaksi pada skrin dilakukan sepenuhnya pada skrin ‘swipe’ pada mana-mana arah atau tap dan hold.

Xiaomi Smart Band 7 juga memiliki lebih dari 100 reka bentuk Watch Faces atau Band Faces yang direka khas dan ianya hadir didalam pelbagai warna yang menarik.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 17

Xiaomi Smart Band 7 hadir dengan reka bentuk tali silikon ‘Thermoplastic elastomer’ yang sangat ringan dengan berat keseluruhan hanya 13.5 gram.

Tali jam ini adalah sesuatu yang tahan lasak dan mesra kulit yang membolehkan anda memakainya sepanjang masa termasuk ketika tidur.

Dalam pada itu, rangka Xiaomi Smart Band 7 adalah diperbuat daripada aloi aluminum yang ringan dan jam kecergasan ini juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM.

Sokongan kalis air 5ATM ini amat berguna kerana anda boleh menggunakannya ketika berenang dan Xiaomi Smart Band 7 juga mampu mengesan 4 jenis renangan secara automatik.

Beralih kepada bahagian bawah jam yang menempatkan sensor-sensor utama yang menjadi tunjang kepada jam kecergasan ini.

Sensor heart-rate Xiaomi Smart Band 7 turut juga boleh merekodkan bacaan SpO2 dan terdapat juga pin pengecasan pogo magnetik yang digunakan selepas kali pertama digunakan pada Mi Smart Band 6.

VO² Max

VO2 Max memberikan pengguna  mendapatkan analisa mendalam aktiviti kecergasan yang dilakukan seperti tahap tekanan aktiviti, tempoh masa yang diperlukan untuk pulih dan kesan latihan.

Ini membolehkan anda merancang aktiviti kecergasan seterusnya dengan lebih baik sesuai dengan keperluan dan kesihatan badan anda.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 18

Xiaomi Smart Band 7 + aplikasi Mi Fit

Xiaomi Smart Band 7 ini boleh digunakan bersama-sama aplikasi Mi Fit yang tersedia pada Google Play Store dan Apple AppStore.

Selain itu, aplikasi Mi Fit juga menawarkan fungsi GPS bagi 4 aktiviti kecergasan iaitu berjalan, berlari dan berbasikal.

Seterusnya, aplikasi Mi Fit juga memberikan anda semua maklumat aktiviti kecergasan anda, carta heart rate, goal tracker dan juga melihat aktiviti rakan anda.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 19

Xiaomi Smart Band 7 menawarkan sokongan untuk lebih dari 110 aktiviti kecergasan yang mana ianya termasuk 5 aktiviti kecergasan yang dikesan secara automatik.

5 mod kecergasan yang akan dikesan secara automatik adalah larian outdoor, treadmill, mesin mendayung, elips, dan berjalan.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 20

2 Minggu Jangka Hayat Bateri 

Xiaomi Smart Band 7 menawarkan sehingga 14 hari penggunaan dengan satu pengecasan penuh namun dengan penggunaan yang agresif ianya mampu memberikan anda sehingga 9 hari pengunaan.

Xiaomi berjaya mengekalkan jangka hayat bateri yang hampir sama walaupun skrin paparan pada generasi ini adalah lebih besar dan terdapat juga sokongan Always-On Display.

Pengecasan magnetik yang ditawarkan pada Xiaomi Smart Band 7 ini juga kuat dan mampu melekap pada permukaan belakang jam dengan mudah dan tidak mudah tercabut.

Tempoh pengecasan yang diperlukan adalah sekitar 2 jam yang pada pendapat kami masih boleh diterima walaupun kapasiti bateri jam ini hanya 180mAh dan ianya tidak perlu dicaj dengan kerap.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 7 - Skrin lebih besar dengan Always-On dan lebih 100+ aktiviti kecergasan 21

Penutup

Secara keseluruhanya, Xiaomi Smart Band 7 adalah peranti kecergasan yang lebih baik berbanding Mi Smart Band 6 khususnya dengan skrin yang lebih besar, sokongan Always-On yang pertama kali ditawarkan dan penawaran sokongan kepada lebih dari 100+ aktiviti kecergasan.

Dengan harga penjualan di Malaysia hanya RM 199, Mi Smart Band 7 dijangka akan kekal sebagai antara jam kecergasan mampu milik yang popular dipasaran.

Anda boleh mendapatkan Xiaomi Smart Band 7 di Shopee dan Lazada pada harga RM 199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.