Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: HUAWEI P50 – telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 21

Pengenalan

Telefon pintar fotografi terbaik dari HUAWEI iaitu HUAWEI P Series terdiri daripada HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50.

Selepas, HUAWEI P50 Pro ditawarkan di pasaran global, HUAWEI P50 kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999.

HUAWEI P50 adalah sebuah telefon pintar setaraf flagship lain dipasaran namun seperti yang diketahui ianya tidak mempunyai Google Services namun diganti dengan HUAWEI AppGallery yang semakin matang.

Walaupun memasuki arena global (dan Malaysia) selang beberapa bulan selepas HUAWEI P50 Pro, HUAWEI P50 boleh dikatakan masih mampu berdaya saing dengan telefon pintar flaghsip lain dipasaran kerana spesfikasi yang dimiliki masih relevan dan cukup untuk pengguna premium.

Berikut adalah ulasan HUAWEI P50 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 22

Reka Bentuk

Walaupun HUAWEI P50 adalah peranti dibawah P50 Pro, telefon pintar ini masih berada didalam kategori flagship dengan reka bentuk yang premium.

Ianya diperbuat daripada rangka keluli dengan kemasan krom yang memberikan penampilan premium dan ianya digandingkan dengan penggunaan gelas pada bahagian belakang yang diberikan kemasan frosted yang memastikan tiada kesan capjari kelihatan.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 23

Bahagian belakang HUAWEI P50 juga menempatkan modul kamera Dual-Matrix yang sangat menarik untuk dilihat walaupun ianya sedikit terbonjol dari panel belakang.

Selain itu, HUAWEI P50 juga memberikan anda ketenangan minda dari insiden tidak terduga kerana ianya dilengkapi pensijilan kalis air dan habuk IP68.

 

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 24

Pada bahagian sisi kanan, HUAWEI P50 mempunyai butang kuasa dan butang pelaras kelantangan bunyi yang mudah dicapai walaupun ianya diletakkan lebih tinggi berhampiran sisi atas peranti.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 25

Beralih kepada sisi kiri pula, tiada sebarang butang atau slot diletakkan pada bahagian ini dan ini bermaksud slot SIM kini diletakkan dibahagian rangka bawah yang turut di “huni’ oleh slot USB-C dan gril pembesar suara stereo serta mikrofon.

Pada bahagian rangka atas pula, terdapat mikrofon dan satu lagi gril pembesar suara.

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan ukuran dimensi HUAWEI P50 156.5mm x 73.8mm x 7.92mm dengan berat 180gram.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 26

Skrin Paparan

HUAWEI P50 dilengkapi skrin paparan OLED True-Chroma berukuran 6.5-inci yang merupakan panel skrin rata yang lebih diminati pengguna.

Selain itu, skrin HUAWEI P50 ini menawarkan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 90Hz yang bukan lah setaraf flagship 2022 yang telah menggunakan panel 120Hz.

Walaubagaimanapun, pada pendapat kami skrin paparan 90Hz yang digunakan pada HUAWEI P50 ini sudah cukup memadai dan skrin telefon pintar ini juga mempunyai kadar kepadatan piksel yang tinggi iaitu 458ppi.

Selain itu, skrin paparan HUAWEI P50 ini juga mempunyai lubang punch hole dibahagian tengah atas yang menempatkan kamera selfie 13MP.

Secara keseluruhanya, skrin papara HUAWEI P50 ini mungkin tidak setaraf beberapa model telefon pintar flaghsip lain dipasaran namun ianya masih mampu menawarkan pengalaman multimedia yang memuaskan digabungkan lagi dengan sistem pembesar suara stereo.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 27

Pemproses

HUAWEI P50 dilengkapi pemproses Snapdragon 888 yang sama seperti pada HUAWEI P50 Pro namun cipset ini tidak menawarkan sokongan 5G.

Ianya menawarkan prestasi yang baik dan konsisten namun harus kami maklumkan bahawa ianya adalah cipset yang berusia lebih setahun.

Bersama cipset Snapdragon ini juga disertakan GPU Adreno 660, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Bercakap mengenai antaramuka yang digunakan pada HUAWEI P50 ini, ianya adalah EMUI 12 yang berasaskan Android 12 namun seperti sedia maklum ianya tampil dengan ekosistem HUAWEI Mobile Services (HMS) bersama AppGallery.

Selepas beberapa tahun ketinggalan dari penawaran aplikasi, HUAWEI AppGallery kini menampilkan pelbagai aplikasi popular di Google Play Store baik dari dalam negara dan luar negara.

Selain itu, jika sesuatu aplikasi yang anda mahu tidak tersedia didalam HUAWEI AppGallery, anda juga boleh menggunakan Petal Search untuk mencari aplikasi tersebut.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 28

Kamera

HUAWEI P50 adalah antara telefon pintar terakhir HUAWEI untuk menampilkan teknologi kamera dengan kerjasama Leica yang boleh dikatakan sebagai antara faktor utama telefon pintar flagship HUAWEI menjadi peneraju fotografi pada telefon pintar.

HUAWEI P50 tampil dengan sistem tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor periskop 12MP.

Kepakaran HUAWEI didalam aspek fotografi tidak boleh disangkal dan HUAWEI P50 juga tidak mengecewakan baik dari segi fotografi pada waktu siang dan malam.

Hasil gambar yang diperoleh dari kamera HUAWEI P50 mempunyai ketelitian yang tinggi dengan kadar dinamik dan warna yang tepat.

Bercakap mengenai video pula, HUAWEI P50 mampu mengambil video 4K pada kadar 60fps.

Dalam pada itu, hasil gambar selfie dari HUAWEI P50 juga sesuatu yang memuaskan yang cukup sempurna untuk memenuhi keperluan media sosial anda.

 

 

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 36

Bateri

HUAWEI P50 tampil dengan bateri berkapasiti 4,100mAh yang sedikit kurang berbanding telefon pintar kelas flagship lain pasaran yang termasuk HUAWEI P50 Pro.

Bersama bateri ini, HUAWEI P50 juga disertakan dengan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang mampu memberikan pengecasan yang lebih laju dan efisien.

ULASAN: HUAWEI P50 - telefon pintar terakhir HUAWEI dengan teknologi fotografi Leica 37

Penutup

HUAWEI P50 adalah satu telefon pintar kelas flagship yang lebih berpatutan apabila dibandingkan dengan kebanyakkan telefon pintar premium lain dipasaran.

Ianya mampu menawarkan pengalaman skrin dan kamera yang baik namun ketiadaan 5G dan Google Mobile Services sudah pasti menjadi faktor pembelian utama kepada pengguna.

Jika anda sudah biasa dengan eksositem HUAWEI dan mempunyai komputer riba atau tablet syarikat ini, HUAWEI P50 mungkin boleh menjadi telefon yang terbaik untuk anda.

HUAWEI P50 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.