Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai

Nothing Phone (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai 7

Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama syarikat ini iaitu Nothing Phone (1) yang diumumkan beberapa hari lalu akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini.

Nothing Phone (1) adalah produk kedua daripada syarikat Nothing selepas Nothing Ear (1) dan ianya merupakan syarikat teknologi yang telah diasaskan oleh Carl Pei.

Nothing Phone (1) hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.55-inci yang merupakan panel 10-bit yang mampu memaparkan 1 bilion warna dan ianya juga mempunyai kadar segar semula 120Hz. ianya juga menggunakan panel OLED fleksibel untuk mencapai saiz bezel simetri pada semua sudut dan paparan flat ini turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Nothing Phone (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai 8

Selain itu, Nothing Phone (1) juga tampil dengan cip Snapdragon 778G+, 8GB atau 12GB RAM dengan kombinasi storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada kamera pula, Nothing Phone (1) memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX766 (OIS + EIS) dan satu sensor ultrawide 114⁰ 50MP . Kamera selfie adalah 16MP Sony IMX471.

Ke bahagian bateri, Nothing Phone tampil dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan reverse charging 5W. Harus juga kami maklumkan bahawa didalam kotak pembelian tiada adapter pengecasan disertakan.

Nothing Phone (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai 9

Selain itu, Nothing Phone (1) akan hadir dengan antaramuka Nothing OS (1) yang berasaskan Android 12, sistem LED Glyph pada panel belakang lutsinar.

Akhir sekali, Nothing Phone (1) akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Harga dan maklumat jualan Nothing Phone (1) di Malaysia dijangka akan diumumkan di majlis pelancaran ini.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.