Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beam lancar Kempen Emisi Sifar : “Drive Something New Today”

Beam Mobility telah melancarkan kempen Drive Something New Today bagi mendidik para pengguna mengenai kaedah pengangkutan alternatif yang memudahkan.

Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan e-skuter Beam dalam menangani isu perjalanan singkat yang digunakan di antara penggunaan pengangkutan awam.

Misi Beam sebenarnya ringkas sahaja: untuk menaik taraf kaedah perjalanan singkat serta melancarkan pergerakan dalam kawasan bandar demi manfaat semua.

E-skuter yang diperkenalkan oleh Beam mengisi jurang yang telah lama wujud dalam sistem pengangkutan awam kita, yakni dengan menghubungkan orang ramai kepada titik-titik transit, destinasi-destinasi popular, serta kawasan tumpuan dengan lancar dan mudah.

Ia dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam sambil mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap kenderaan persendirian.

Bagi seseorang pengguna yang ingin bergerak dari lokasi ke lokasi di kawasan bandar menerusi e-skuter, Beam melengkapi ekosistem pengangkutan awam yang sedia ada menggunakan pendekatan yang lebih menyenangkan serta lebih lestari.

Jika dibandingkan dengan kereta, setiap 10km yang disusuri melalui e-skuter Beam membolehkan pengguna mengurangkan emisi CO2 sebanyak 2.65kg.

Dalam pada iti, keselamatan merupakan keutamaan tertinggi di Beam, dan syarikat ini telah menyuntik pelaburan secara ekstensif ke dalam teknologi keselamatan e-skuter miliknya.

Berikut adalah aspek keselamatan yang dimiliki e-skuter Beam :

• casis aluminium yang kukuh bergred pesawat

• rangkaian kuasa yang efisien & peranti komunikasi IoT bergred tinggi

• teknologi parkir virtual

• teknologi pengehad laju (dihadkan kepada 25 km/j)

• teknologi geobatas – digunakan pada kawasan yang dibenarkan

Komitmen Beam ke atas keselamatan turut ditingkatkan lagi dengan program keselamatan khas yang diberi nama Beam Safe Academy.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.