Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi dilaporkan akan melancarkan telefon pintar dengan sensor 200MP

Xiaomi dilaporkan akan melancarkan telefon pintar dengan sensor 200MP 3

Pendedahan terbaru daripada Digital Chat Station nampaknya telah mengesahkan bahawa Motorola bukan satu-satunya syarikat yang akan melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 200MP.

Xiaomi dikatakan akan melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 200MP dan ianya turut dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1, skrin 120Hz dan bateri 5,000mAh.

Walaupun Digital Chat Station tidak menamakan model telefon pintar Xiaomi ini, ianya dikatakan adalah model Redmi K50S Pro atau Xiaomi 12T Pro.

Selain itu, sensor 200MP yang bakal digunakan pada telefon pintar ini adalah sensor Samsung ISOCELL HP1 atau ISOCELL HP3.

Dalam pada itu, Motorola telah mendedahkan pengguna sensor 200MP ISOCELL HP1 yang lebih besar dan Xiaomi juga dikatakan akan menggunakan sensor ini memandangkan ianga memiliki cip flagship Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain itu, terdapat juga tanda tanya samada kerjasama Leica akan turut melibatkan telefon pintar ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.