Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acara Pop-up OnePlus yang pertama di Malaysia kini berlangsung di Sunway Pyramid

OnePlus mengadakan acara pop-up buat pertama kalinya di Malaysia dari 15 hingga 17 Julai 2022, di mana pengguna Malaysia dan Ahli Komuniti OnePlus boleh mengambil bahagian dalam aktiviti di lapangan yang menyeronokkan, memenangi hadiah daripada pemberian hadiah dan banyak lagi.

Acara pop-up OnePlus ini diadakan susulan dari pelancaran rasmi OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G di Malaysia semalam.

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G kini di Malaysia – harga dari RM 1,199 sahaja

Acara pop-up kini sedang berlangsung di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid dan ianya memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G yang baru dilancarkan, serta OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds .

Pada 16 Julai sahaja, 100 orang pertama yang beratur di acara pop-up OnePlus bermula 11 pagi akan diberi peluang untuk membeli kotak misteri eksklusif yang mengandungi produk OnePlus bernilai sekurang-kurangnya RM299 seperti OnePlus Nord Buds, pada harga RM80 sahaja. Barang lain didalam kotak misteri juga termasuk OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G.

Sepanjang penghujung minggu ini, para peserta juga akan berpeluang untuk memenangi OnePlus Nord 2T 5G yang serba baharu melalui peraduan Kongsi & Menang, di mana mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka tentang acara pop-up OnePlus yang pertama di Malaysia di media sosial.

Selain itu, satu siri cabaran Pantas & Lancar akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi barangan OnePlus yang menarik, sambil mempamerkan keupayaan OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. Ini termasuk peluang untuk berdepan dengan streamer Malaysia iaitu XK Penjahat dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang untuk memenangi barangan OnePlus yang menarik, yang berlangsung pada hari Sabtu dari 3 – 5PM.

Eksklusif untuk Ahli Komuniti OnePlus, terdapat juga peraduan Kongsi & Menang eksklusif Ahli, serta peluang untuk berkumpul dan bertemu dengan Pasukan OnePlus secara peribadi.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.