Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS OnePlus Buds Pro dan Nord Buds turut dilancarkan di Malaysia – dari RM 299

Selain dua model telefon pintar didalam OnePlus Nord Series, OnePlus juga telah memperkenalkan dua TWS untuk pasaran Malaysia iaitu OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G kini di Malaysia – harga dari RM 1,199 sahaja

Dua peranti TWS OnePlus yang mempunyai pelbagai ciri serta berkualiti tinggi pada dua harga berbeza yang memberikan nilai hebat iaitu OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds.

OnePlus Buds Pro merupakan fon telinga pembatalan hingar adaptif pintar atau adaptive noise cancellation (ANC) yang pertama daripada OnePlus.

Fon telinga tanpa wayar yang baharu dan premium ini menampilkan sistem pengurangan bunyi hingar pintar yang terkemuka dalam industri, kualiti panggilan yang tiada tandingan, prestasi bateri yang dipertingkatkan serta kualiti bunyi yang boleh diperibadikan untuk mencipta pengalaman audio yang benar-benar mengasyikkan dan premium.

OnePlus Nord Buds pula mengembangkan portfolio dan falsafah produk Nord kepada TWS, dengan penawaran teknologi audio yang cemerlang pada harga yang kompetitif dan berpatutan.

OnePlus Nord Buds dicipta berdasarkan ciri-ciri pilhan komuniti, Nord Buds mempunyai pemacu dinamik titanium 12.4 milimeter, menyokong Dolby Atmos dan menawarkan 30 jam penggunaan dengan sekali cas.

OnePlus Buds Pro akan ditawarkan didalam warna Glossy White pada harga RM799 manakala OnePlus Nord Buds pula ditawarkan didalam warna Black Slate dan White Marble pada harga RM299.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.