Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko komited untuk menawarkan telefon pintar terbaik mereka di Malaysia

Wiko Mobile, jenama telefon pintar yang popular di Eropah dan Perancis telah menyatakan komitmen terbaru mereka untuk menawarkan telefon pintar terbaik keluaran syarikat ini di Malaysia.

Jenama telefon pintar antarabangsa yang berasal dari Marseille, Perancis ini telah ditubuhkan pada 2011.

Sehingga 2018, Wiko telah memasuki lebih dari 30 pasaran, termasuk Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia dengan lebih daripada 30 juta pengguna.

Berikutan matlamat Wiko untuk ‘membuat teknologi telefon pintar boleh diakses oleh semua’, rakyat Malaysia boleh menjangkakan pelancaran telefon pintar mampu milik dan unik yang mempunyai ‘Sentuhan Perancis’ Wiko serta teknologi canggih dalam beberapa bulan akan datang.

Wiko akan disediakan dan boleh diakses di seluruh negara di seluruh Malaysia dengan kerjasama beberapa saluran jualan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Ikuti perkembangan terkini Wiko Malaysia di Facebook Wiko Malaysia atau di Instagram .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.