Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus perkenal lanjutan polisi waranti eksklusif untuk pengguna OnePlus di Malaysia

OnePlus telah mengumumkan satu waranti eksklusif yang akan memberi manfaat kepada semua pengguna telefon pintar OnePlus sedia ada di Malaysia.

Mulai 15 Julai hingga 15 September ini, bersempena dengan pembukaan dua pusat servis rasmi OnePlus di Malaysia,syarikat ini akan menawarkan lanjutan waranti eksklusif bagi telefon pintar OnePlus yang terpilih iaitu OnePlus 8, OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, OnePlus 9 Pro, OnePlus 9R, OnePlus 10 Pro, OnePlus N10, OnePlus N100, OnePlus Nord 1, OnePlus Nord 2, OnePlus Nord CE, dan OnePlus Nord CE 2.

Pemiliki telefon pintar OnePlus yang disenaraikan di atas akan dapat menikmati sokongan pelanggan pelbagai peringkat OnePlus melalui polisi lanjutan waranti eksklusifnya.

Dalam tempoh ini, pengguna OnePlus ada boleh melawati dua pusat perkhidmatan rasmi baharu untuk membaiki telefon pintar mereka.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh pergi terus ke mana-mana kedai OnePlus yang mengambil bahagian untuk menikmati perkhidmatan pembaikan melalui pos (peranti akan dihantar ke pusat servis untuk pembaikan).

Satu lagi kaedah pembaikan yang boleh digunakan adalah pilihan perkhidmatan pembaikan pos sendiri, di mana mereka boleh menghantar telefon pintar mereka ke 1 pusat servis sah OnePlus , dengan bayaran penghantaran ditanggung oleh pengguna.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembaikan pos sendiri boleh didapati di SINI.

Usaha ini adalah selaras dengan komitmen OnePlus untuk membawa pengalaman penuh OnePlus kepada pengguna Malaysia, memberikan pengguna OnePlus akses yang lebih besar kepada perkhidmatan pembaikan profesional dan penyelenggaraan peranti percuma untuk tempoh masa yang panjang.

Dalam pada itu, OnePlus juga akan melancarkan dua model terbaru mereka di Malaysia pada 14 Julai ini iaitu OnePlus Nord 2T 5G and OnePlus Nord CE 2 Lite 5G yang akan tampil dengan 12 bulan waranti dan 7 hari pertukaran 1 kepada 1.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.