Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO akan lancar tiga produk terbaru di Malaysia pada 21 Julai ini

OPPO Malaysia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran OPPO Tech Autumn Launch akan berlangsung pada 21 Julai ini dan ianya akan menyaksikan pelancaran OPPO Reno8 Series, OPPO Pad Air dan OPPO Enco Air2 di Malaysia.

Paling mencuri tumpuan adalah OPPO Reno8 Series 5G yang akan tampil dengan reka bentuk premium selain penggunaan cip NPU MariSilicon X untuk fotografi kelas flagship.

Pra-tempahan awal OPPO Reno8 Series kini dibuka di Lazada

Selain itu, pelancaran tablet pertama OPPO Pad Air juga dilihat sesuatu yang menarik kerana Malaysia adalah antara pasaran antarabangsa terawal untuk menerima tablet ini.

Produk ketiga yang akan turut membuat penampilan pada pelancaran ini adalah TWS premium Enco Air2 Pro yang dijangka mampu menawarkan pengguna pengalaman audio mudah alih terbaik dipasaran.

Segala maklumat spesifikasi dan harga bagi ketiga-tiga produk terbaru OPPO ini akan diketahui pada 21 Julai ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.