Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) kini rasmi dengan skrin OLED 120Hz dan cip Snapdragon 778G+ – harga sekitar RM 2,100

Detik yang dinantikan telah tiba kerana pelancaran telefon pintar yang paling mencuri tumpuan akhirnya telah menjadi kenyataan dan kita bercakap tentang telefon pintar daripada Nothing yang merupakan syarikat teknologi yang diasaskan oleh Carl Pei.

Nothing Phone (1) merupakan telefon pintar pertama syarikat ini dan ianya  hanya produk kedua keluaran syarikat ini selepas Nothing Ear (1).

Tanpa melengahkan masa, Nothing Phone (1) telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.55-inci yang merupakan panel 10-bit yang mampu memaparkan 1 bilion warna dan ianya juga mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Pada pembentangan pelancaran ini, Carl Pei juga mengesahkan bahawa ianya menggunakan panel OLED fleksibel untuk mencapai saiz bezel simetri pada semua sudut dan paparan flat ini turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Nothing Phone (1) juga tampil dengan cip Snapdragon 778G+, 8GB atau 12GB RAM dengan kombinasi storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada kamera pula, Nothing Phone (1) memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX766 (OIS + EIS) dan satu sensor ultrawide 114⁰ 50MP JN1. Kamera selfie adalah 16MP Sony IMX471.

Ke bahagian bateri, Nothing Phone tampil dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan reverse charging 5W. Harus juga kami maklumkan bahawa didalam kotak pembelian tiada adapter pengecasan disertakan.

Selain itu, Nothing Phone (1) akan hadir dengan antaramuka Nothing OS (1) yang berasaskan Android 12, sistem LED Glyph pada panel belakang lutsinar.

Akhir sekali, Nothing Phone (1) akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga dari £399 (RM 2,107) bagi varian 8GB/128GB, £449 (RM 2,371) bagi varian 8/256GB dan £499 (RM 2,635) bagi varian 12/256GB.

Nothing Phone (1) akan mula ditawarkan di pasaran terpilih mulai 21 Julai 2022.

Nothing Phone (1) dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun buat masa ini tiada sebarang jangka waktu pelancaran diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.