Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT2 Explorer Master kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan pengecasan 100W UltraDart

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 iaitu realme GT2 Explorer Master yang direka oleh pereka fesyen terkemuka Jae-Jung.

realme GT 2 Explorer Master Edition akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Wilderness, Snowfield, and Black Beach.

Varian Wilderness adalah yang dihasilkan dengan kerjasama realme Design Studio dan Jae Jung yang berinsipirasikan reka bentuk Travel Trunk yang unik dan klasik.

Panel belakang varian ini didatangkan dengan penutup tepi pada empat sisi dengan tekstur matte premium, rivet metalik untuk penekanan reka bentuk yang lebih kukuh, dan panel belakang yang diperbuat daripada kulit vegan.

Bercakap mengenai spesifikasi, realme GT2 Explorer Master memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. realme juga telah membangunkan cipset khas X7 untuk optimasi skrin dan mengawal pengguna tenaga.

Selain itu, realme GT2 Explorer Master hadir dengan cip terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.

Dalam pada itu, realme GT2 Explorer Master juga memiliki trigger HyperTouch pada sisi untuk gaming yang lebih imersif.

Ke bahagian kamera pula, telefon pintar terbaru realme ini memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 150⁰ juga pada resolusi 50MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Pada bahagian bateri, realme GT2 Explorer Master memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 100W UltraDart (0-100% dalam 25 minit) dan ianya juga menggunapakai teknologi pengecasan GaN Fet yang mengurangkan hampir 85% pembebasan haba dari unit pengecasan.

Lain-lain spesifikasi realme GT2 Explorer Master adalah sistem penyejukan dual stainless-steel Vapor Chamber Max, realme UI 3.0, sensor capjari dalam skrin, dual-band GPS dan NFC 360⁰.

realme GT2 Explorer Master Edition dijangka akan ditawarkan secara eksklusif di pasaran China sahaja dan ianya bermula dari harga CNY 3,499 (RM 2,306) bagi varian 8/128GB, CNY 3,799 (RM 2,504) bagi varian 8/256GB dan CNY 3,999 (RM 2,636) bagi varian 12/256GB.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.