Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova Y90 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Julai ini

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan satu lagi model telefon pintar baharu didalam siri nova iaitu nova Y90 yang akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Julai ini dengan harga RM 999.

HUAWEI nova Y90 adalah telefon pintar yang berasaskan ciri “4S” (Super Screen, Super Battery, Super Charge dan Super Design) namun ditawarkan pada harga yang kompetitif.

HUAWEI nova Y90 memiliki skrin paparan Edgeless Fullview HUAWEI (LCD) 90Hz berukuran 6.7 inci dengan resolusi FHD+, cip Qualcomm Snapdragon 680, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, HUAWEI nova Y90 juga tampil dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP serta flash. Kamera selfie adalah 8MP.

Bercakap mengenai bateri, HUAWEI nova Y90 disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

HUAWEI nova Y90 juga disertakan dengan antaramuka EMUI 12, HUAWEI AppGallery, NFC, Bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm.

HUAWEI nova Y90 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan hijau pada harga RM 999.

Setiap pembelian HUAWEI nova Y90 akan turut menerima HUAWEI gift box, 2 bulan langganan HUAWEI Cloud Storage 50GB, 6 bulan langganan pelan premium VIU dan lanjut waranti untuk 6 bulan.

Maklumat lanjut di HUAWEI Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.