Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini

 

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini 7

OnePlus  secara rasminya telah mengesahkan OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord 2 CE Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini.

OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord 2 CE Lite 5G telah memasuki pasaran global sejak beberapa bulan lalu dan kini ianya akan ditawarkan di pasaran tempatan.

 

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini 8

OnePlus Nord 2T 5G

OnePlus Nord 2T 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan panel ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 32MP.

OnePlus Nord 2T 5G dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1300, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menyentuh sedikit mengenai kamera, OnePlus Nord 2T 5G akan memiliki sensor utama Sony IMX766 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor monokrom 2MP.

Selain itu, OnePlus Nord 2T 5G juga akan mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan antaramuka OxygenOS 12 yang berasaskan Android 12.

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini 9

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G hadir skrin paparan FHD+ LCD berukuran 6.59-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz. 

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G menggunakan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 dan ianya dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB namun terdapat slot microSD.

Ke bahagian kamera, OnePlus Nord CE 2  Lite 5G  mempunyai sensor utama 64MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

 OnePlus Nord CE 2 Lite turut disertakan dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W SuperVOOC .

Selain itu, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G juga mempunyai bicu audio 3.5mm, antaramuka OxygenOS 1.3 berasaskan Android 11 dan sokongan Dwi-SIM + microSD.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.