Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kilang Pengeluaran telefon pintar Xiaomi di Vietnam mula beroperasi

Kilang Pengeluaran telefon pintar Xiaomi di Vietnam mula beroperasi 3

Pengeluar telefon pintar di China telah menghadapi pelbagai cabaran yang menjadi titik permulaan bagi kebanyakkan pengeluar mula membuka kilang pengeluaran dinegara lain sebagai satu alternatif tambahan.

Xiaomi adalah salah satu daripada syarikat tersebut dan kilang pertama syarikat ini di Vietnam telah mula beroperasi dan kumpulan telefon pintar pertama telah keluar dari kilang ini.

Fasiliti pengeluaran ini terletak di utara Vietnam dan merupakan kilang yang telah menelan belanja $80 juta dengan keluasan 200,000 meter persegi dan diuruskan oleh DGB Technology yang berpangkalan di China.

Tujuan utama kilang pengeluaran Xiaomi di Vietnam adalah sebagai hub kepada eksport untuk pasaran serantau seperti Thailand dan Malaysia.

Selain di Vietnam, Xiaomi mempunyai satu lagi hub pengeluaran di luar China iaitu di India yang juga merupakan antara pasaran terpenting buat syarikat ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.