Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 – harga dari RM 3,599

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 3,599 13

ASUS secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu ASUS ROG Phone 6 Series yang terdiri daripada dua model iaitu ASUS ROG Phone 6 dan ASUS ROG Phone 6 Pro.

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 3,599 14

ASUS ROG Phone 6 Series hadir dengan skrin paparan Samsung AMOLED HDR10+ berukuran 6.78-inci dengan teknologi eksklusif ROG tuning technology untuk mencapai kadar segar semula 165 Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720 Hz serta kadar latensi 23 ms.

Beralih kepada cipset, ASUS ROG Phone 6 dan ASUS ROG Phone 6 Pro dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang 50% prestasi lebih baik berbanding cip Snapdragon 888 pada ROG Phone 5 dan ianya juga dipadankan dengan kapasiti RAM LPDDR5 sehingga 18GB serta storan dalaman sehingga 512GB.

Selain itu, ASUS ROG Phone 6 dan ASUS ROG Phone 6 Pro juga dilengkapi AirTrigger 6 yang telah ditambah baik dengan sokongan pelbagai gesture termasuk Dual Action, Press & Lift, dan Gyroscope Aiming.

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 3,599 15

Beralih kepada kamera, ASUS ROG Phone 6 Series juga dilengkapi sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 13 MP dan sensor makro. Kamera selfie adalah 12MP.

Dalam pada itu, ASUS ROG Phone 6 Series juga memiliki sistem penyejukan GameCool 6 termasuk teknologi penyejukan CPU 360°, ruang wap 30% lebih besar dan kepingan grafit 85% lebih besar, bersama-sama dengan reka bentuk CPU berpusat untuk meningkatkan pelesapan haba dari teras.

ASUS ROG Phone 6 Series juga akan dilengkapi bateri berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan HyperCharge 65W.

ASUS ROG Phone 6 Series juga dilengkapi sistem pembesar suara stereo yang dibangunkan bersama Dirac dan bicu audio 3.5mm.

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 3,599 16

ASUS ROG Phone 6 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Phantom Black dan Storm White dengan Aura RGB pada panel belakang manakala ASUS ROG Phone 6 Pro pula akan ditawarkan secara eksklusif didalam warna Storm White dengan paparan ROG Vision mini-display.

Berikut adalah Harga ASUS ROG Phone 6 Series di Malaysia:

ASUS ROG Phone 6 12GB+256GB – RM3,599

ASUS ROG Phone 6 16GB + 512GB – RM4,399

ASUS ROG Phone 6 Pro 18GB + 512GB – RM4,699

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 3,599 17

Pra-tempahan

Pra-tempahan untuk ASUS ROG Phone 6 akan bermula pada 6 Julai 2022 di Shopee dan saluran luar talian, dengan hadiah percuma bernilai RM548, yang terdiri daripada lanjutan jaminan 1 tahun (bernilai RM199) dan AeroActive Cooler 6 (bernilai RM349).

Dapatkan ASUS ROG Phone 6 di Shopee mulai 6 Julai ini.

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 3,599 18

Selain itu, pra-pesanan ROG Phone 6 di Shopee juga akan mendapat potongan 10% untuk pembelian ROG Slash Hip Bag dan ROG Slash Crossbody Bag, yang masing-masing berharga RM499 dan RM399.

ASUS ROG Phone 6 Pro pula hanya akan memasuki pasaran tempatan pada bulan September.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.