Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Counterpoint Research: Jualan telefon pintar global jatuh ke tahap bawah 100 juta unit pada bulan Mei

Laporan terbaru daripada Counterpoint Research mendedahkan bahawa jumlah jualan telefon pintar bagi bulan Mei adalah 96 juta unit iaitu penurunan 4% berbanding bulan atau 10% apabila dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun 2021.

Ini merupakan kali kedua didalam 10 tahun jumlah jualan telefon pintar bulanan dibawah 100 juta unit ini.

Jumlah jualan 96 juta unit juga bermaksud ini adalah bulan kedua berturut-turut jualan telefon pintar global menunjukkan penurunan.

Punca utama kekurangan permintaan bagi telefon pintar adalah disebabkan kadar inflasi yang tinggi selain krisis di Ukraine.

Dalam pada itu, kekurangan permintaan juga telah menyaksikan lebihan inventori yang akan menjadi faktor yang memberikan kesan kepada prestasi pasaran bagi suku kedua tahun ini.

Walaubagaimanapun, penganalisa Counterpoint meramalkan bahawa prestasi akan bertambah baik bagi pertengahan kedua 2022.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.