Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme umumkan jualan GT Master Edition Series adalah 2 juta unit

realme GT Master dan realme GT Explorer Master edition telah dilancarkan kira-kira 12 bulan lalu yang mana telefon pintar edisi khas ini menampilkan reka bentuk suitcase yang dibangunkan oleh Naoto Fukusawa.

Terbaru, ketua pegawai eksekutif realme iaitu Sky Li telah mendedahkan bahawa sebanyak 2 juta unit telefon pintar edisi khas telah terjual diperingkat global setakat ini.

Pencapaian jualan sebanyak 2 juta unit adalah sesuatu yang memberangsangkan memandangkan penawaran telefon pintar ini adalah terhad.

Selain itu, realme juga dijangka akan memperkenalkan realme GT2 Explorer Master yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.