Apple naikkan harga iPhone sebanyak 20% di Jepun
Apple Jepun dilaporkan telah menaikkan harga bagi semua model iPhone yang dijual sehingga 20% kerana kelemahan matawang Yen berbanding Dollar AS yang telah kehilangan nilai sebanyak 15% didalam tiga bulan terakhir.
Sebagai perbandingan, Apple iPhone 13 Pro 128GB kini ditawarkan pada harga ¥144,800 (RM 4,731)berbanding ¥122,800 (RM 4,021) sebelum ini.
Dalam pada itu, iPhone SE Generasi ke-3 pula kini ditawarkan pada harga dari ¥62,800 (RM 2,052) berbanding harga sebelum ini iaitu ¥57,800 (RM 1,888).
Peningkatan harga bagi model iPhone ini dilakukan hanya beberapa bulan sebelum pelancaran generasi baharu iPhone yang akan berlangsung pada bulan September namun Apple tidak meningkatkan harga bagi produk mereka yang lain.
Buat masa ini masih belum ada sebarang laporan mengenai peningkatan harga iPhone dipasaran lain.