Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC Desire 22 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 695 dan sokongan Viverse

 

HTC Desire 22 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 695 dan sokongan Viverse 9HTC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HTC Desire 22 Pro.

HTC Desire 22 Pro adalah sebuah telefon midrange yang selari dengan hala tuju syarikat ini yang memfokuskan kepada VR melalui eksositem HTC Viverse dan produk VR seperti headset HTC Vive Flow.

HTC Desire 22 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 695 dan sokongan Viverse 10

HTC Desire 22 Pro memiliki skrin paparan LCD 120Hz berukuran 6.6-inci, pemproses Snapdragon 695 5G, 8GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 4,520mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

HTC Desire 22 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 695 dan sokongan Viverse 11

Keserasian Viverse ialah faktor jualan utama telefon pintar ini yang membolehkan anda mengakses kandungan maya daripada Metaverse melalui telefon dan set kepala HTC VR yang disambungkan. HTC juga memperkenalkan Viverse Wallet untuk membantu anda mengurus aset digital seperti mata matawang kripto dan NFT terus pada telefon.

HTC Desire 22 Pro juga dilengkapi sensor utama 64MP f/1.8, sensor ultrawide 13MP dan sensor depth 5MP. Kamera selfie adalah 32MP.

HTC Desire 22 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 695 dan sokongan Viverse 12

Lain-lain spesifikasi HTC Desire 22 Pro adalah sensor capjari pada bahagian sisi, pensijilan kalis air dan habuk IP67 serta pengecasan tanpa wayar 15W.

HTC Desire 22 Pro ditawarkan didalam dua warna iaitu gold dan black pada harga TWD 11,990 (RM 1,774).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.