Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 6S yang digunakan oleh Chris Evans selama ini sudah rosak

Setiap 12 bulan, satu generasi telefon pintar baharu akan dilancarkan sebagai pengganti kepada model sebelum itu.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud setiap pengguna akan membeli telefon pintar tersebut dan terdapat pengguna yang akan kekal menggunakan telefon pintar yang sama untuk tempoh yang lama atau sehingga ianya rosak.

Salah seorang dari pengguna seperti ini adalah bintang Hollywood Chris Evans yang sehingga kini telah menggunakan iPhone 6S yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Didalam satu posting di Instagram milik beliau, Chris Evans kini telah beralih kepada iPhone yang baharu yang kelihatan seperti iPhone 13 Mini.

Keputusan ini dilihat telah diambil selepas iPhone 5S beliau tidak lagi boleh digunakan namun beliau berkata masih akan ‘merindui’ Home Button.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.