Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) telah dikesan di GeekBench dengan cip Snapdragon 778G+

Nothing Phone (1) telah dikesan di GeekBench dengan cip Snapdragon 778G+ 5

Telefon pintar yang paling hangat diperkatakan ketika ini adalah Nothing Phone (1) dan hampir setiap hari terdapat sahaja maklumat terbaru mengenai telefon pintar ini diketahui.

Nothing Phone (1) adalah telefon pintar pertama daripada syarikat teknologi Nothing yang diasaskan oleh Carl Pei dan telefon pintar ini kini telah dikesan di pangkalan ujian GeekBench.

Nothing Phone (1) telah dikesan di GeekBench dengan cip Snapdragon 778G+ 6

Penyenaraian ini telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (1) akan hadir dengan cip Snapdragon 778G+, 8GB RAM dan GPU Adreno 642L.

Selain itu, Nothing Phone (1) juga akan memiliki Android 12 bersama dengan Nothing OS yang menjanjikan pengalaman Android yang tulen.

Nothing Phone (1) dijangka akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.