Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 6 Series akan hadir dengan skrin AMOLED 165Hz dan sistem penyejukan lebih baik

Telefon pintar gaming terbaru ASUS iaitu ROG Phone 6 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai ini dan ianya akan terdiri daripada ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro.

ASUS sebelum ini telah mengesahkan bahawa ASUS ROG Phone 6 Series akan menjadi antara telefon pintar gaming terawal dipasaran dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+.

Terbaru, ASUS telah mengesahkan bahawa ROG Phone 6 akan hadir dengan skrin paparan AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 165Hz namun resolusi skrin dijangka akan kekal pada FHD+.

Selain itu, untuk memastikan tiada isu kepanasan yang melampau ketika gaming, ASUS juga telah mengesahkan ROG Phone 6 Series akan memiliki ruang wap yang 30% lebih besar dan lembaran grafit yang 85% lebih besar berbanding generasi sebelum ini.

Majlis pelancaran ASUS ROG Phone 6 Series boleh disaksikan secara langsung pada 5 Julai ini bermula jam 8 malam di Facebook ASUS Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.