Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Band 7 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 25 Jun – RM 169 sahaja

Jam kecergasan popular daripada Xiaomi iaitu Xiaomi Band 7 telah dilancarkan untuk pasaran China pada bulan Mei yang lalu dan kini ianya telah mula memasuki pasaran Malaysia pada 25 Jun ini.

Xiaomi Band 7 hadir dengan skrin paparan berukuran 1.62-inci dan kini terdapat sokongan always on display.

Xiaomi Band 7 juga hadir dengan bacaan SpO2 yang lebih tepat dan terdapat sokongan bagi 110+ mod latihan serta 4 mod sukan professional yang mempunyai ciri pengesanan aktiviti kecergasan automatik.

Selain itu, Xiaomi Band 7 mempunyai bateri bateri 180mAh yang masih dicaj dengan menggunakan pin magnetik dan ianya mempunyai jangka hayat sehingga 14 hari.

Lain-lain ciri Xiaomi Band 7 adalah bacaan kadar degupan jantung 24/7, kalis air 5ATM.

Dalam pada itu  Xiaomi Band 7 yang ditawarkan untuk pasaran global tidak akan mempunyai sokongan NFC.

Xiaomi Band 7 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 namun terdapat harga istimewa bagi pembeli terawal iaitu hanya RM 169.

Dapatkan Xiaomi Band 7 di Lazada dan Shopee.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.