Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telegram Premium kini ditawarkan pada harga RM 22.90 sebulan – ini kelebihan akaun premium

Telegram secara rasminya telah mula menawarkan langganan Telegram Premium yang kini boleh dilanggan pada harga RM 22.90 sebulan.

Telegram Premium membawakan beberapa ciri tambahan yang membezakanya dengan akaun biasa yang masih ditawarkan secara percuma kepada pengguna.

Mari lihat semua ciri tambahan yang ditawarkan bagi pelanggan akaun Telegram Premium :

  • Dua kali ganda had – anda boleh menyertai lebih 1000 chanel, 20 folder (200 chat setiap folder) 10 pins, 20 pautan awam, 400 GIF, 10 pelekat Favourite, penggunaan sehingga 140 patah perkataan pada BIO, 2048 patah perkataan pada Caption untuk Video dan Foto serta 4 akaun dengan nombor yang berlainan.
  • Size muat naik4GB berbanding hanya 2GB pada akaun biasa dan kelajuan muat naik lebih pantas.
  • Kebolehan membaca transkrip audio dan mengubahnya menjadi teks.
  • Tiada lagi iklan pada akaun awam seperti pengguna bukan premium
  • Fungsi Reaction Unik dan Sticker Premium
  • Pengurusan Chat yang lebih baik
  • Profile Badge – akan mempunyai tanda bintang pada nama
  • Animated Profile Picture – gambar profil beranimasi yang lebih menarik
  • Ikon Aplikasi Premium- anda boleh memilih ikon aplikasi yang lebih premium

Langganan Telegram Premium kini ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.