Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan mempunyai 900 butir lampu LED pada panel belakang – 100 unit pertama mula dijual

Nothing Phone (1) akan mempunyai 900 butir lampu LED pada panel belakang - 100 unit pertama mula dijual 5

Nothing merupakan syarikat teknologi terbaru yang diasaskan oleh Carl Pei (pengasas OnePlus) dan syarikat ini telah mengesahkan pelancaran telefon pintar pertama mereka iaitu Nothing Phone (1) bulan hadapan.

Sebelum ini, beberapa gambar rasmi telefon pintar Nothing Phone (1) telah dikongsikan di akaun media sosial syarikat ini yang memberikan kita pandangan penuh panel belakang telefon pintar ini.

Terbaru, youtuber terkenal MKBHD telah menerima unit Nothing Phone (1) yang mana beliau hanya diberi ‘kebenaran’ untuk berkongsi video tentang panel belakang unik yang dimiliki telefon pintar ini.

Panel belakang Nothing Phone (1) ini adalah lutsinar dan ianya juga dilengkapi 900 butir lampu LED yang membentuk logo Nothing dan juga berfungsi sebagai indikasi ketika pengecasan tanpa wayar dan berwayar.

Nothing Phone (1) akan mempunyai 900 butir lampu LED pada panel belakang - 100 unit pertama mula dijual 6

Ciri ini dikenali sebagai Glyph Interface yang menawarkan pelbagai tetapan khas untuk telefon pintar Nothing Phone (1) ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menonton video tersebut di SINI

Dalam pada itu, Nothing juga telah berkerjasama dengan StockX untuk menawarkan 100 unit pertama Nothing Phone (1) kepada pembeli yang membida harga tertinggi. 100 unit ini juga akan mempunyai nombor siri khas 1-100 yang diukir pada rangka peranti.

Bidaan tertinggi bagi Nothing Phone (1) setakat ini adalah pada harga $2,679 dan pengguna di Malaysia juga boleh membuat biadaan untuk membeli edisi khas Nothing Phone (1) ini.

Bidaan boleh dibuat di https://stockx.com/lp/nothing/

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.