Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk panel belakang lutsinar Nothing Phone (1) didedahkan sepenuhnya

Telefon pintar pertama Nothing iaitu Nothing Phone (1) akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai dan pendedahan terbaru daripada syarikat ini memberikan kita pandangan penuh panel belakang telefon pintar ini.

Nothing Phone (1) akan hadir dengan panel belakang lutsinar dan gambar panel belakang telefon pintar ini telah didedahkan sepenuhnya melalui akaun media sosial rasmi syarikat ini.

Panel belakang Nothing Phone (1) ini adalah lutsinar namun komponen telefon pintar ini tidak didedahkan sebaliknya kesemua kemasan ini adalah didalam warna putih yang sama seperti Nothing Ear (1).

Selain itu, turut disahkan adalah Nothing Phone (1) ini akan memiliki dua unit sensor kamera bersama lampu flash LED.

Nothing Phone (1) akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.