Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan HONOR Magic4 Pro habis terjual – jualan rasmi bermula 11 Jun ini

HONOR Malaysia telah mengumumkan kesemua stok pra-tempahan bagi telefon pintar flagship HONOR Magic4 Pro melalui saluran jualan rasmi telah habis terjual.

HONOR Magic4 Pro dilancarkan pada 1 Jun yang lalu dengan harga RM 3,999 dan ianya menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS3 menerusi pra-tempahan.

Walaubagaimanapun, jika anda terlepas promosi pra-tempahan ini, anda masih boleh membeli HONOR Magic4 Pro pada jualan pelancaran yang akan bermula pada 11 Jun 2022 dan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 termasuk HONOR Earbuds 3 Pro, 1 tahun lanjutan waranti dan 6 bulan perlindungan skrin retak.

Untuk maklumat terbaharu mengenai HONOR Magic4 Pro, layari https://bit.ly/Magic4ProPOPR atau kunjungi Facebook HONOR Malaysia.

Baca ULASAN : HONOR Magic4 Pro – Flagship paling berbaloi untuk di miliki

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.