Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 3T dengan cip Snapdragon 870 kini rasmi

realme GT Neo 3T dengan cip Snapdragon 870 kini rasmi 5

realme secara rasminya telah melancarkan satu lagi model telefon pintar didalam realme GT Series iaitu realme GT Neo 3T.

realme GT Neo 3T tampil dengan reka bentuk berinspirasikan bendera perlumbaan yang ditawarkan didalam dua warna iaitu kuning dan putih manakala warna hitam hadir dengan kemasan biasa.

realme GT Neo 3T dengan cip Snapdragon 870 kini rasmi 6

realme GT Neo 3T hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, realme GT Neo 3T hadir dengan cip Snapdragon 870 yang disertakan bersama 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB. Ianya turut disertakan dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Selain itu, realme GT Neo 3T juga memiliki sensor 64MP dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme GT Neo 3T juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya  disertakan dengan pengecasan pantas 80W yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 32 minit sahaja.

realme GT Neo 3T akan ditawarkan pada harga $470 (RM 2,064) bagi versi 8/128GB dan $510 (RM 2,241) bagi versi 8/256GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.