Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Always-On Display bagi iPhone telah dikesan pada versi beta iOS 16

Ciri Always-On Display bagi iPhone telah dikesan pada versi beta iOS 16 3

Sehari selepas pelancaran iOS 16, Apple telah mula menawarkan versi beta iOS 16 kepada pembangun aplikasi dan penguji beta awam.

Beberapa rangka kerja pengurusan back-light dengan rujukan terus kepada ciri paparan Always On telah ditemui untuk SpringBoard – pengurus skrin utama iOS.

Selain itu, fungsi AoD juga telah dikesan pada Lock Screen iOS 16 yang baharu dan pembangun aplikasi juga diberi akses untuk mencuba ciri ini pada mana-mana model iPhone yang beroperasi pada iOS 16.

Walaubagaimanapun, ciri Always On Display dijangka akan ditawarkan secara eksklusif pada Apple iPhone 14 Pro Series sahaja kerana panel LTPO yang akan digunakan pada generasi baharu mampu menawarkan kadar segar semula sehingga pada kadar 1Hz.

Segala maklumat mengenai ciri AoD pada iPhone 14 Pro Series dijangka akan diumumkan pada majlis pelancaran yang akan berlangsung pada bulan September kelak.

Sumber: 9to5Mac

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.