Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan dilancarkan secara rasmi minggu ini

Telefon pintar pertama Nothing iaitu Nothing Phone (1) adalah antara telefon pintar yang dinantikan pelancaranya dan Nothing telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar ini akan berlangsung minggu ini.

Ini bermaksud penantian untuk menyaksikan telefon pintar pertama Nothing bakal berakhir didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Setakat ini tidak banyak yang diketahui mengetahui Nothing Phone (1) kecuali beberapa maklumat rasmi seperti reka bentuk panel belakang lutsinar, chasis diperbuat dari aluminium yang dikitar semula, penggunaan cip Snapdragon, pengecasan tanpa wayar dan skrin tanpa bezel bawah.

Selain itu, terdapat khabar angin yang mengatakan telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga €500 (sekitar RM 2,352)manakala jualan pula akan bermula pada 21 Julai.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.