Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W – RM 3,999 sahaja

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W - RM 3,999 sahaja 13

HONOR Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2022 mereka iaitu HONOR Magic4 Pro di Malaysia sebentar tadi dan ianya hadir dengan harga jualan yang lebih kompetitif berbanding flaghsip lain dipasaran.

HONOR Magic4 Pro telah mula memasuki pasaran global baru-baru ini dan Malaysia sekali lagi menjadi antara pasaran terawal untuk menerima telefon pintar terbaru HONOR ini.

Honor Magic4 Pro membawa revolusi baharu dalam industri telefon pintar kerana ianya tampil dengan beberapa ciri-ciri premium seperti Fotografi Ultra-Fusion, videografi sinematik, skrin 120Hz, pengecasan 100W (berwayar dan tanpa wayar) dan prestasi Flagship yang unggul.

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W - RM 3,999 sahaja 14

Mengulas sedikit spesifikasi telefon pintar terbaru Honor Magic4 Pro ini, ianya hadir dengan skrin paparan quad-curved  LTPO OLED berukuran 6.81-inci dengan resolusi 1224 x 2664 piksel yang menyokong kadar segar semula 120Hz adaptive dan terdapat potongan berbentuk pil yang menempatkan kamera selfie ultrawide 12MP dan sensor depth 3D.

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W - RM 3,999 sahaja 15

Honor Magic4 Pro  tampil dengan reka bentuk modul kamera “Eye of Muse” dan ianya disertakan dengan satu sensor utama 50MP 1/1.56-inci bersama satu sensor ultrawide 50MP 1/2.5-inci. Honor Magic4 Pro ini juga memiliki sensor telefoto periskop 64MP dengan 1/2-inci yang menyokong zoom optik 3.5x dan zoom digital 100x. sensor ToF dan sensor flicker juga disertakan.

Honor juga membawakan beberapa teknologi fotografi baharu seperti ultra fusion photography, AI Color dan Movie Master dengan sokongan rakaman video 60fps 4K 10bit yang dibangunkan dengan kerjasama IMAX

Selain itu, cipset flagship Snapdragon 8 Gen 1 pada Honor Magic4 Pro ini dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman  256GB dan terdapat GPU Turbo X.

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W - RM 3,999 sahaja 16

Honor Magic4 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dan ianya disertakan dengan teknologi pengecasan 100W Wired HONOR SuperCharge (0-100% 30 minit) dan 100W Wireless HONOR SuperCharge (0-100% dalam 15 minit).

Dalam pada itu, Honor Magic4 Pro juga tampil mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68, sistem pembesar suara stereo, IR Blaster dan Magic UI 6 yang berasaskan Android 12.

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W - RM 3,999 sahaja 17

HONOR Magic4 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Cyan, Gold dan Black pada harga RM 3,999.

HONOR Magic4 Pro boleh di pra-tempah melalui stor rasmi HONOR Malaysia, Shopee, Lazada, laman hihonor, dan wakil pengedar rasmi di Malaysia (bermula jam 5 petang ini).

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W - RM 3,999 sahaja 18

Dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS 3 bernilai RM999, case HONOR Magic4 Pro, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 6 bulan apabila anda membuat pra-tempah sebelum 10 Jun 2022.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.