Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Watch GS 3 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 899

Selain HONOR Magic4 Pro, HONOR Malaysia juga telah melancarkan jam pintar HONOR Watch GS 3 untuk pasaran tempatan.

HONOR Magic4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 100W – RM 3,999 sahaja

HONOR Watch GS 3 menampilkan reka bentuk premium yang tampil dengan rangka keluli digilap dan gelas curved 3D. Berat sekitar 44gram sahaja.

Selain itu, HONOR Watch GS 3 juga memiliki skrin paparan 1.43-inci AMOLED dengan resolusi 466×466 piksel, kadar kepadatan piksel 326ppi dan kecerahan maksima 1,000nits.

HONOR Watch GS 3 juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM, sensor kadar degupan jantung PPG yang disertakan bersama teknologi Honor AI Heart Rate Monitoring Engine, GPS dan sokongan lebih dari 100 mod kecergasan.

HONOR Watch GS 3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Midnight Black pada harga RM 899 dan Classic Gold serta Ocean Blue pada harga RM 999.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.