Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Jun ini

Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Jun ini 3

Black Shark Malaysia secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar gaming flagship terbaru syarikat ini iaitu Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 akan dilancarkan pada 8 Jun ini.

Xiaomi Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 hadir dengan skrin paparan 6.67-inci yang merupakan panel 10-bit yang menyokong HDR10+ dan gamut warna DCI-P3. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz serta butang magnetik pada sisi.

Selain itu, Black Shark 5 Pro akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 manakala Black Shark 5 akan tampil dengan cip Snapdragon 870.

Seterusnya, Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 memiliki bateri 4,650mAh yang turut disertakan dengan sokongan pengecasan penuh 120W.

Black Shark Malaysia akan mendedahkan maklumat konfigurasi dan harga jualan telefon pintar ini pada 8 Jun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.