Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 3T akan dilancarkan untuk pasaran global – guna cip Snapdragon 870

realme GT Neo 3T akan dilancarkan untuk pasaran global - guna cip Snapdragon 870 3

realme telah mengesahkan bahawa realme GT Neo 3T akan dilancarkan untuk pasaran global didalam waktu terdekat.

Pengesahan rasmi melalui akaun Twitter global realme ini mengesahkan realme GT Neo 3T akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa namun tiada sebarang maklumat spesifik didedahkan.

Berdasarkan gambar poster yang dimuatnaik, realme GT Neo 3T akan mempunyai skrin paparan punch hole yang mana ianya adalah jenis AMOLED kerana tidak kelihatan sebarang sensor capjari pada bahagian sisi (dilaporkan berukuran 6.5-inci).

Selain itu, realme GT Neo 3T juga dikatakan akan hadir dengan cip Snapdragon 870, Android 12 dan RAM dari 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Seterusnya, realme GT Neo 3T juga akan hadir dengan sensor utama 64MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Akhir sekali, realme dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai realme GT Neo 3T dari semasa ke semasa.

Sumber

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.