4 produk terhangat HUAWEI ini kini ditawarkan di Malaysia
Selepas sekian lama, HUAWEI telah melancarkan sejumlah produk flagship yang kini mula ditawarkan di Malaysia.
Antara produk HUAWEI yang kini ditawarkan untuk pembelian bagi pengguna di pasaran tempatan adalah HUAWEI WATCH GT 3 Pro, HUAWEI P50 , HUAWEI WATCH Fit 2 dan HUAWEI WATCH Kids 4 Pro.
HUAWEI WATCH GT 3 Pro (Titanium) dengan tali Grey Leather ditawarkan pada harga RM1,399 manakala HUAWEI WATCH GT 3 Pro (tali White Leather ) ditawarkan pada harga RM1,599 dan edisi White Ceramic Edition pula ditawarkan pada RM2,399.
HUAWEI P50 pula ditawarkan pada harga RM 2,999 didalam dua warna iaitu Golden Black dan Cocoa Gold.
Sementara itu, HUAWEI WATCH Fit 2 pula ditawarkan pada harga dari RM 599 didalam warna Isle Blue, Midnight Black, Sakura Pink dan Moon White.
Akhir sekali, jam pintar khas untuk kanak-kanak iaitu HUAWEI WATCH Kids 4 Pro pula ditawarkan pada harga RM 699 didalam dua warna.