Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 70 Pro+ dan Honor 70 Pro kini rasmi dengan cip MediaTek dan sensor 54MP Sony IMX800

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Honor 70 Series dan terdapat tiga model Honor 70 yang mana dua model premium iaitu Honor 70 Pro+ dan Honor 70 hadir dengan cip daripada MediaTek.

Honor 70 Pro+

Honor 70 Pro+ hadir dengan skrin paparan 10-bit OLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan 1920Hz PWM Dimming seperti pada Honor Magic4 Pro.

Selain itu, Honor 70 Pro+ dijana cip 4nm MediaTek Dimensity 9000 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Kesemua telefon pintar Honor 70 Series hadir dengan sensor terbaru 54MP Sony IMX800, sensor ultrawide 50MP namun versi Pro dan Pro+ juga memiliki satu sensor telefoto 8MP dengan 3x zoom optik dan OIS. Kamera selfie adalah 50MP dengan 100⁰ FOV.

Beralih kepada bateri, Honor 70 Pro+ memiliki sel berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 100W yang mampu memberikan anda pengecasan penuh didalam masa 30 minit sahaja.

Berikut adalah harga Honor 70 Pro+ di China :

Honor 70 Pro+ 8/256GB – CNY 4,299

Honor 70 Pro+ 12/256GB – CNY 4,599

Honor 70 Pro

Honor 70 Pro memiliki spesfikasi yang hampir sama seperti Honor 70 Pro+ dengan perbezaan hanya pada cipset dan sudah tentunya harga.

Ini bermaksud, Honor 70 Pro memiliki cip 5nm MediaTek Dimensity 8000, 8GB atau 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB.

Berikut adalah harga Honor 70 Pro di China :

Honor 70 Pro 8/256GB – CNY 3,699

Honor 70 Pro 12/256GB – CNY 3,999

Honor 70 Pro 12/512GB – CNY 4,399

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.