Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 turut dilancarkan

Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 turut dilancarkan 1

 

Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 turut dilancarkan 2

Selain pelancaran cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1+, syarikat ini juga telah memperkenalkan cip midrange terbaru iaitu Snapdragon 7 Gen 1 yang dibangunkan pada platform 4nm.

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1+ kini rasmi – 10% lebih pantas berbanding 8 Gen 1

Cip ini membawakan beberapa teknologi yang pertama kali diperkenalkan pada SD 7 Series seperti AI Engine dan Android Ready SE untuk penyelesaian e-duit.

Selain itu, CPU utama Snapdragon 7 Gen 1 ini beroperasi pada kelajuan 2.4GHz dan ianya disertakan dengan GPU Adreno 662. Qualcomm juga mendakwa cip ini menawarkan prestasi grafik 20% lebih pantas berbanding cip Snapdragon 778G manakala pretasi AI adalah 30% lebih baik.

Dalam pada itu, Adreno Frame Motion Engine yang disertakan juga dikatakan mampu menawarkan dua kali ganda kadar bingkai didalam permainan video dengan penggunaan bateri yang sama seperti pada cip Snapdragon 778G.

Selain itu, Snapdragon 7 Gen 1 ini juga menyokong sehingga 16GB RAM jenis LPDDR5, modem Snapdragon X62, WiFi 6E dan Bluetooth 5.3 dengan Snapdragon Sound dan aptX turut disertakan.

Seterusnya, Qualcomm Spectra Triple ISP membawakan kemampuan fotografi 200MP, rakaman video 4K HDR dan banyak lagi.

Telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 dijangka akan tiba didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.