Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi – 10% lebih pantas berbanding 8 Gen 1

Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi - 10% lebih pantas berbanding 8 Gen 1 3

Qualcomm secara rasminya telah melancarkan cipset flagship terbaru mereka iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 yang menawarkan peningkatan prestasi dan lebih cekap tenaga.

Qualcomm berkata cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini adalah 30% lebih cekap tenaga dan ianya juga menawarkan peningkatan prestasi sekitar 10%.

Kesemua teras cip pada 8+ Gen 1 ini adalah lebih pantas pada generasi sebelum ini dan pretasi GPU juga menawarkan peningkatan 10% dengan kecekapan tenaga sekitar 30%.

Selain itu, seperti diduga cip Snapdragon 8 Gen 1+ ini dikilangkan oleh TSMC dan bukanya Samsung seperti Snapdragon 8 Gen 1.

Dalam pada itu, ciri-ciri lain cip ini adalah sama seperti Snapdragon 8 Gen 1 antaranya modem Snapdragon X65, FastConnect 6900 yang menyokong WiFi 6/6E dan banyak lagi.

Cip Snapdragon 8+ Gen 1 akan mula ditawarkan dipasaran pada suku ke-3 dan antara syarikat yang telah mengesahkan pengguna cip ini adalah Asus ROG, Black Shark, HONOR, iQOO, Lenovo, Motorola, Nubia, OnePlus, Oppo, OSOM, realme, Red Magic, Redmi, vivo, Xiaomi, dan ZTE.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.