Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 50 Series 5G akan dilancarkan pada 18 Mei ini

realme secara rasminya telah mengesahkan pelancaran realme Narzo 50 Series 5G pada 18 Mei ini dan seperti biasa ianya akan dilancarkan di India terlebih dahulu sebelum ke pasaran antarabangsa lain.

realme Narzo 50 Series akan menyaksikan realme melancarkan dua model telefon pintar iaitu realme Narzo 50 5G dan realme Narzo 50 Pro 5G.

Buat masa ini realme tidak mendedahkan maklumat spesifikasi realme Narzo 50 5G dan realme Narzo 50 Pro 5G namun telah mengesahkan versi Pro akan dijana cipset MediaTek Dimensity 920.

Selain pengesahan ini, realme telah mengumumkan bahawa realme Narzo Series telah mencapai jualan melebih 10 juta unit dipasaran global.

realme Nazro 50 Series ini mungkin memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.