Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic4 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun

CEO HONOR Malaysia Justin Li dalam satu temu bual media baru-baru ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship HONOR Magic4 Pro yang dilancarkan di MWC 2022 akan memasuki pasaran tempatan pada awal bulan Jun ini.

Telefon pintar HONOR Magic4 Pro ini adalah sesuatu yang dinantikan oleh peminat telefon pintar HONOR di Malaysia susulan daripada pelancaran HONOR X Series baru-baru ini.

Selain telefon pintar, HONOR Malaysia turut akan membawa masuk HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3 Pro tahun ini dengan sasaran untuk melancarkan 20 produk di Malaysia pada tahun ini.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi HONOR Magic4 Pro ini, ianya hadir dengan skrin paparan quad-curvedĀ  LTPO OLED berukuran 6.81-inci dengan resolusi 1224 x 2664 piksel yang menyokong kadar segar semula 120Hz , pemproses Snapdragon 8 Gen 1, sokongan pengecasan pantas 100W dan teknologi kamera yang terdiri daripada dua sensor 50MP.

Untuk maklumat penuh spesfikasi HONOR Magic4 Pro, Baca di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.