Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 3 Pro Edisi Titanium & Seramik akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Mei ini

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan HUAWEI Watch GT 3 Pro edisi titanium dan seramik akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Mei ini iaitu sehari selepas pelancaran global.

HUAWEI Watch GT 3 Pro akan tampil dengan skrin paparan Always On AMOLED berukuran 1.43-inciĀ  dengan pensijilan kalis air IP68/5ATM

HUAWEI Watch GT 3 Pro

HUAWEI Watch GT 3 Pro ini juga menyokong bacaan heart rate, 100+ mod kecergasan, bacaan SpO2, jangka hayat bateri sehingga 14 hari dan satu butang fizikal yang dikenali sebagai Rotating Crown.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 3 Pro ini juga mempunyai Dual-Band Five-System GNSS, sokongan pengecasan tanpa wayar, pemproses ARM Cortex-M, 16MB ROM, 2GB storan dalaman dan sistem operasi HarmonyOS 2.0.

Selain HUAWEI Watch GT 3 Pro ini, HUAWEI juga akan melancarkan HUAWEI Mate Xs 2 dan HUAWEI Watch Fit 2.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.