Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Disney+ Hotstar kini boleh di strim terus pada TV melalui Astro Ultra Box

Astro terus menambah baik pengalaman pelanggan dengan menyepadukan perkhidmatan penstriman global dengan siaran langsung sukan antarabangsa dan rancangan kegemaran Malaysia dalam satu platform.

Mulai 28 April 2022, para pelanggan kini sudah boleh menikmati rancangan kegemaran Disney+ Hotstar termasuk Moon Knight dari Marvel Studios dan banyak lagi di kaca TV mereka melalui Ultra Box.

Kemudahan ini memainkan peranan penting dalam meluaskan jangkauan Astro, dengan lebih 550,000 kediaman kini dihubungkan menerusi Ultra.

Pek baru TV Astro yang ditawarkan kini lebih padat, disediakan bersama aplikasi penstriman bermula serendah RM60 sebulan, memberikan kemudahan dan nilai kepada pelanggan. Astro turut menawarkan produk Astro Fibre (jalur lebar) baharu  sebagai produk tergabung.

Pelanggan sedia Astro yang melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada Disney+ Hotstar hanya perlu klik pada aplikasi Disney+ Hotstar di laman utama Ultra Box dan pada masa yang sama memulakan proses log masuk pada skrin melalui tv.hotstar.com pada peranti lain.

Proses yang mudah diikuti ini akan membolehkan pelanggan log masuk dengan nombor mudah alih dan kemudian memasukkan kod unik dari skrin TV mereka.

Pengalaman Astro serba baharu ini direka cipta untuk membolehkan pelanggan menstrimkan semua rancangan kegemaran mereka di satu tempat dengan kemudahan pembayaran melalui satu bil.

Pelanggan baharu yang mendaftar untuk Pek Platinum dengan kontrak 24 bulan boleh menikmati tontonan percuma 60 hari di Astro termasuk akses percuma kepada kandungan Sports Extra selama 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Platinum, sila klik https://bit.ly/PlatinumPack60DaysOnUs.

Sebagai alternatif, pelanggan baharu Movies Pack boleh menikmati pek tersebut selama 30 hari secara percuma.

Untuk butiran lanjut,  sila klik http://bit.ly/MoviesPack30DaysOnUs.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.