Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor menduduki tempat kedua pasaran telefon pintar di China – Magic4 Pro bakal ke Malaysia tidak lama lagi

HONOR semakin hampir untuk menguasai pasaran telefon pintar China apabila ianya telah menduduki tempat kedua pada suku pertama tahun ini.

Menurut penyedia khidmat nasihat telefon pintar CINNO Reserach, jualan telefon pintar HONOR telah meningkat sebanyak 176% dan 3 model telefon pintar HONOR telah berjaya berada didalam kelompok 10 telefon pintar terlaris di China.

HONOR berbangga dengan pencapaiannya sehingga berjaya mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua terbaik pada suku pertama 2022 dalam tempoh yang singkat, ini membuktikan HONOR serius untuk memberikan persaingan dalam industri ini.

Selepas pelancaran Siri HONOR Magic4 di MWC 2022, model ini kini telah mula ditawarkan di China dan menjadi bualan hangat sebagai pilihan terbaik bagi pengguna Android.

Ini membuktikan produk strategi dan penjenamaan HONOR membuahkan hasil, dan memuaskan hati pengguna di China.

Selain itu, HONOR Magic4 Pro menampilkan ciri-ciri rekaan simetrikal HONOR yang ikonik iaitu “Eye of Muse”, ditambah dengan Paparan LTPO 1920Hz yang pertama didunia dan dilengkapi dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G untuk pengalaman prestasi ultra.

Peminat juga teruja dengan kembalinya Google Mobile Services yang memberikan akses kepada ekosistem Google efisien dan mudah.

Selepas pelancaran Siri HONOR X pada bulan Mac lalu, HONOR Malaysia juga telah mengesahkan HONOR Magic4 Pro akan dilancarkan di Malaysia dan tarikh pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi.

Kepada peminat yang tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya bolehlah melayari laman sesawang rasmi untuk melanggan dan tidak ketinggalan dengan maklumat terkini tentang HONOR Magic4 Pro!

Dapatkan berita terkini tentang Honor di:https://www.hihonor.com/my/offer/activity

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.