Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony akan melancarkan telefon pintar Xperia yang baru pada 11 Mei

Sony akan melancarkan telefon pintar Xperia yang baru pada 11 Mei 1

Sony akan melancarkan telefon pintar Xperia yang baru pada 11 Mei 2

Sony secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi baharu telefon pintar Xperia akan dilancarkan pada 11 Mei 2022.

Video teaser mengenai pelancaran peranti Xperia ini dengan jelas mendedahkan bahawa model utama yang akan dilancarkan adalah Sony Xperia 1 IV (mark four) namun terdapat kemungkinan generasi baharu Xperia 5 dan Xperia 10 juga diperkenalkan.

Sony Xperia 1 IV dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin paparan 6.5-inci dan tetapan quad kamera yang lengkap dengan sensor periskop.

Sony Xperia 5 IV pula dikatakan akan turut hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dikilangkan oleh TSMC, skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci dan tetapan tri-kamera.

Dalam pada itu, Sony Xperia 10 IV pula dikatakan akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Xperia III yang memiliki skrin paparan OLED 6.0-inci namun tiada maklumat jenis cipset yang akan digunakan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.