Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Forum #RayaBersamaShopee Menggesa Inklusiviti Digital yang Dipertingkatkan Dalam Kalangan Komuniti yang Terabai

Shopee Malaysia telah menganjurkan #RayaBersamaShopee Marketplaces: Towards a More Inclusive and Participative Economy, sebuah forum maya yang membincangkan kepentingan teknologi dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti yang terabai.

Panel tersebut menampilkan tiga speaker ucaptama, YB Senator Datuk Ras Adiba, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Presiden OKU Sentral, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, dan Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

Menekankan cabaran masyarakat OKU dalam menyertai ekonomi arus perdana, YB Senator Datuk Ras Adiba berkata, “Internet menyelamatkan nyawa kami. Ia memberi kami akses kepada komunikasi.

Memandangkan ramai daripada kami harus kekal di rumah, Internet merupakan cara untuk kami mendekati dan mempelajari kemahiran baharu, berdagang dan meneruskan kehidupan.

Bagi kami yang kekurangan wang, menjual barangan melalui Internet benar-benar membantu kami dan menaikkan semangat kami.”

“Selain itu, kelas perniagaan dalam talian membolehkan kami meningkatkan pengetahuan dari segi ekonomi dan melihat diri kami seperti ahli perniagaan lain.

Latihan yang disediakan oleh Shopee untuk penjual dalam talian adalah penting. Bagi kami yang tidak dapat keluar rumah, program-program ini membolehkan kami bekerja dan mencari rezeki dari rumah.”

Dalam tinjauan #RayaBersamaShopee antara 18 Mac hingga 18 April 2022 yang melibatkan lebih daripada dua ribu penjual, 70% daripada mereka adalah wanita yang diperkasakan untuk menyara keluarga mereka, sambil mengekalkan fleksibiliti bagi mengurus rumah tangga masing-masing.

Pada tempoh Raya yang lepas, penjual-penjual tersebut menjana jumlah pendapatan hampir seribu Ringgit setiap orang, kebanyakannya menjual fesyen serta aksesori wanita, dan/atau produk Kesihatan dan Kecantikan.

Oleh itu, penjual-penjual wanita ini secara purata mampu menanggung lebih daripada tiga orang tanggungan dalam isi rumah mereka.

Kebanyakan mereka tinggal di Lembah Klang atau Johor, tetapi ramai yang mewakili kawasan luar bandar Malaysia di Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Terengganu. 48% daripada penjual-penjual ini berumur 30 hingga 39 tahun, dan 35% berumur di bawah 18 hingga 30 tahun.

“Tinjauan kami mendapati setiap penjual tempatan yang menjual barangan Buatan Malaysia secara purata menyokong lebih daripada lima orang tanggungan dalam isi rumah mereka di seluruh negara.

Melalui kempen pendekatan penyetempatan hiper atau hyper localised kami seperti #RayaBersamaShopee, para penjual di kawasan luar bandar dapat mempromosikan produk mereka kepada pengguna dengan lebih mudah.

Pembeza utama kami adalah strategi penyetempatan kami dalam mendigitalisasikan komuniti luar bandar dan peningkatan kemahiran digital.

Begitulah cara #ShopeeSapotLokal memacu pertumbuhan e-dagang dengan cara yang mampan serta inklusif bagi pihak semua penjual kami dan komuniti yang mereka sokong,” kata Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia

Secara keseluruhan, para penjual Shopee yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut berkata bahawa untuk mengembangkan perniagaan mereka, persediaan utama mereka untuk musim Raya ini adalah – mengikut keutamaan – meningkatkan stok inventori, menawarkan diskaun perayaan dan memperkenalkan produk baharu berdasarkan trend pengguna.

Penjual-penjual Shopee amat optimistik dengan peluang yang ditawarkan oleh e-dagang: 40% daripada penjual yang ditinjau menjangkakan 50% atau lebih peningkatan dalam jualan daripada kedai dalam talian mereka semasa tempoh Hari Raya ini

70% daripada penjual Shopee yang ditinjau menggunakan Baucar Penghantaran Percuma Shopee

Ciri Bantuan Peniaga Shopee yang paling digemari ialah: Shopee Ads (48%) diikuti dengan Shopee Feed dan ciri Bump Up produk

Pada 16 Jun, 2022, inisiatif #ShopeeSapotLokal diteruskan dengan Seller Summit tahunan Shopee Malaysia bagi tahun 2022 bertema “Level Up: Driving Growth Together” yang menghimpunkan penjual dari seluruh negara secara dalam talian dan juga secara bersemuka buat pertama kali untuk berkongsi pengalaman dan belajar daripada satu sama lain.

Modul-modul Shopee University tentang pemasaran, jualan dan operasi juga akan dikongsi sebagai tambahan kepada perkongsian pandangan daripada pakar industri.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.