Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Edge 30 kini rasmi dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G+

Motorola Edge 30 kini rasmi dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G+ 1

Motorola Edge 30 kini rasmi dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G+ 2

Selepas pelancaran Motorola Edge 30 Pro untuk pasaran global, Motorola kini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar siri flagship mereka iaitu Motorola Edge 30.

Motorola Edge 30 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci namun masih mengekalkan kadar segar semula 144Hz dan sokongan HDR10+.

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian cipset yang mana Motorola Edge 30 hadir dengan Snapdragon 778G+, 8GB RAM bersama dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB dan sistem operasi Android 12.

Motorola Edge 30 kini rasmi dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G+ 3

Beralih kepada kamera, Motorola Edge 30 memiliki satu sensor utama 50MP bersama satu sensor ultrawide 50MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Ke bahagian bateri, Motorola Edge 30 memiliki sel berkapasiti 4,020mAh dengan pengecasan pantas 33W TurboCharge.

Selain itu, Motorola Edge 30 juga menyokong WiFi 6E, Bluetooth 5.2, NFC, pensijilan IP52 dan USB-C 2.0.

Motorola Edge 30 akan ditawarkan pada harga €450 atau sekitar RM 2,068.

Untuk rekod, Motorola Edge 30 Pro ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,699 sejak bulan Mac yang lalu.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.