Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Riang Ria Raya – Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini

Riang Ria Raya – Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 21

Selepas 2 tahun tidak pulang untuk menyambut Hari Raya, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dilihat akan menjadi antara yang paling meriah dengan cuti yang lebih panjang.

Serentak dengan perayaan ini, OPPO Malaysia telah memperkenalkan satu telefon pintar baharu didalam OPPO A Series iaitu OPPO A96 yang dilihat sebagai satu peranti lengkap untuk menggandakan lagi kemeriahan hari raya anda.

OPPO A96 merupakan sebuah peranti yang tampil dengan reka bentuk unik OPPO Glow dan pelbagai ciri penting yang memberikan anda nilai belian yang terbaik.

Apa lagi, jom kita terokai kehebatan OPPO A96 dan kenapa kami rasa ianya adalah peranti terbaik untuk Raya ini.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 22

8GB RAM dengan ciri RAM Expansion dan Storan Dalaman 256GB Yang Luas

OPPO A96 menawarkan kapasiti RAM setaraf dengan kebanyakkan peranti mercu dipasaran iaitu 8GB RAM bersama-sama storan dalaman 128GB.

Ini bermaksud OPPO A96 mampu berfungsi dengan stabil walaupun pelbagai aplikasi dibuka serentak seperti mengambil gambar potret keluarga di Hari Raya, melayari akaun media sosial anda untuk melihat gambar-gambar raya rakan anda dan banyak lagi.

OPPO A96 juga dilengkapi ciri Expansion RAM, satu lagi ciri premium yang diwarisi telefon pintar ini untuk memberikan pengguna tambahan kapasiti RAM untuk multitasking yang lebih baik dan stabil.

Ciri membolehkan sistem mengurangkan penggunaan storan dalaman dengan menamatkan proses latar belakang yang tidak perlu dan memampatkan aplikasi yang jarang digunakan. Ini akan membebaskan lebih banyak storan dalaman, yang seterusnya digunakan sebagai RAM tambahan buat sementara waktu.

Anda boleh menetapkan sehingga 5GB storan dalaman sebagai RAM tambahan.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 23

Pengecasan Pantas 33W SUPERVOOC™️ 

OPPO A96 memiliki teknologi pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang mungkin menjadi ciri paling berguna pada musim Hari Raya yang bakal tiba ini.

Adalah sesuatu yang tidak ideal di Hari Raya untuk menggunakan pengecasan tradisional kerana tradisi ziarah menziarahi ke rumah sanak saudara bermaksud anda tidak mempunyai masa yang lama untuk mengecas peranti anda.

Dengan pengecasan 33W SUPERVOOC yang dimiliki OPPO A96 ini, 30 minit pengecasan sahaja sudah mencukupi untuk memberikan anda 55% pengecasan manakala 71 minit sudah memadai untuk pengecasan penuh ke tahap 100%.

Bateri Berkapasiti 5000mAh 

Pengecasan pantas SUPERVOOC yang dimiliki OPPO A96 ini juga dipadankan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama dan ianya turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan .

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 24

Rekaan OPPO Glow 

Proses pembuatan OPPO Glow Design ialah evolusi seterusnya yang berdasarkan teknik pemotongan berlian Reno Glow. Ini menghasilkan kemasan telefon pintar yang menarik perhatian dan mempesonakan, sedap untuk disentuh, anti capjari, anti calar dan tidak mudah kotor.

Kelihatan bergaya pada Hari Raya adalah satu kemestian dan OPPO A96 akan memastikan ianya sepadan dengan fesyen dan gaya Raya anda.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 25

OPPO A96 menampilkan dua kemasan yang elegan iaitu Starry Black dan Pearl Pink.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 26

Ketahanan dan Kualiti Terbaik daripada OPPO

Tidak kira model telefon pintar OPPO yang anda beli, OPPO telah membuktikan bahawa kualiti dan ketahanan peranti adalah keutamaan bagi memastikan kepuasan pengguna sepanjang hayat peranti tersebut.

Sehubungan dengan itu, OPPO A96 telah melalui pelbagai ujian ketahanan dan kualiti yang ketat untuk memastikan pengalaman peranti mudah alih yang benar-benar terbaik untuk anda.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 27

Sensor Kamera 50MP 

OPPO A96 memiliki sepasang kamera yang memastikan keperluan fotografi anda semasa Hari Raya mampu ditunaikan dengan jayanya.

Sensor utama 50MP yang digunakan pada OPPO A96 mampu memberikan anda hasil gambar yang berkualiti tidak kira dimana dan apa keadaan cahaya semasa. Ianya juga dipadankan dengan kamera Bokeh 2MP untuk kesan kabur gambar potret yang lebih realistik.

Sensor ini juga mampu mengambil 20 gambar berturut-turut yang memastikan anda tidak terlepas sebarang detik indah yang berlaku ketika meraikan perayaan ini.

Selain itu, OPPO A96 juga dilengkapi sensor hadapan 16MP IMX471 yang mempunyai kebolehan untuk memberikan anda hasil selfie terbaik.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 28

Skrin paparan 90Hz berukuran 6.5-inci

OPPO A96 tampil dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan skrin 180Hz untuk paparan visual yang lebih imersif dan menawarkan tindak balas pantas terhadap sentuhan.

Selain itu, OPPO A96 juga menampilkan teknologi Teknologi Kadar Segar Semula Suai yang membolehkannya menawarkan keseimbangan antara pengalaman skrin terbaik dan jangka hayat bateri.

Panel skrin ini juga memiliki bezel sisi yang nipis dan ini membolehkan nisbah skrin kepada badan telefon pintar ini mencapai kadar 90.8%.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 29

Harga Mampu Milik untuk Semua

OPPO A96 merupakan sebuah telefon pintar yang lengkap dengan pelbagai ciri yang pengguna mahu pada sebuah telefon pintar namun harga telefon pintar ini adalah sangat berpatutan iaitu hanya RM 1,299.

Riang Ria Raya - Jom Ketahui Kenapa OPPO A96 dengan Storan 256GB merupakan Teman Terbaik Raya Tahun Ini 30

Promosi Pra-Tempahan

OPPO A96 akan ditawarkan untuk pra-tempahan mulai 18 April hingga 22 April 2022 yang mana setiap pembelian telefon pintar terbaru OPPO ini akan menerima ganjaran bernilai dari RM 489 sehingga RM947. Untuk maklumat lanjut pra-tempahan, lihat di SINI

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OPPO A96, sila lihat di SINI

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.